TERKINI : ISU JAWI “Jangan Hina Khazanah Orang Melayu!!!” – Anwar Ibrahim

SERDANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa pelik apabila ada pihak yang bimbang dengan pembelajaran tulisan Jawi yang hanya melibatkan dua hingga tiga halaman sahaja.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pembelajaran itu sekadar mengenali tulisan tersebut yang tidak sepatutnya mengundang ia menjadi isu yang hangat.

Lebih memburukkan keadaan, kata beliau, timbul kenyataan cabar-mencabar antara pelbagai pihak yang jelas merugikan negara.

“Mengenai tulisan jawi saya tidak mahu menghangatkan. Bagi saya telah buat kenyataan, dia ada dalam khazanah dan yang menentang pun adalah keterlaluan dan sentuh perasaan orang Melayu dan telah kuno.