Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) telah bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Aduan (JKA).

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jawatankuasa itu akan bertanggungjawab untuk memantau pengurusan aduan salah laku 20 agensi penguatkuasaan selain Polis Diraja Malaysia.

“Ini adalah untuk memastikan pemantauan terhadap 20 agensi berkenaan boleh dilaksanakan sejajar dengan pemantauan terhadap PDRM,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKKMAR di sini hari ini.

Ketika ditanya bilakah JKA berkenaan akan ditubuhkan, Dr. Mahathir menjawab, secepat mungkin.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan JKKMAR telah bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah SPRM dibuat melalui proses perlembagaan.

Bagaimanapun, ia memerlukan pindaan terhadap undang-undang.

Selain itu, JKKMAR yang bermesyuarat hari ini juga secara prinsip bersetuju dengan syor-syor untuk menambah baik tadbir urus Jabatan Pendaftaran Negara bagi menangani isu pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak teratur antaranya melibatkan penggantian aplikasi, perisian, perkakasan dan peralatan sistm ICT jabatan tersebut yang telah usang.

JPN juga akan diberi penarafan semula sebagai agensi berisiko tinggi serta perlu memperkasakan Unit Integritinya selain memperkasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan dengan meningkatkan peralatan operasi perisikan, infrastruktur, system perjawatan dan kemahiran.

Elemen biometrik dimasukkan ke dalam semua dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh JPN, kata Perdana Menteri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa tak buat pemantauan untuk ahli-ahli kabinet tu termasuk PM TPM Lge. Masalah ekonomi Negara Malaysia ni hancur berkecai berpunca dari menteri kewangan.

Comments are closed.