TEHRAN – Iran menafikan dakwaan bahawa ia menambak jatuh sebuah pesawat penumpang Ukraine semalam secara tidak sengaja.

Pesawat tersebut terhempas semalam, sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di Tehran menyebabkan semua 176 penumpang terbunuh.

Seorang jurucakap angkatan tentera Iran menyifatkan dakwaan tersebut sebgai mengarut dan Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh berkata, ia tidak mungkin berlaku.

“Pesawat tersebut pada awalnya menuju ke barat ketika meninggalkan zon lapangan terbang membelok ke kanan berikutan menghadapi satu masalah dan mahu berpatah balik ke lapangan terbang ketika kemalangan berlaku, ” kata Organisasi Pernerbangan Awam Iran dalam laman sesawangnya.

“Pesawat tersebut hilang dari skrin radar ketika ia berada pada ketinggian 8,000 kaki (2,400 meter). Juruterbangnya tidak menghantar mesej radio mengenai keadaan tidak normal.

“Menurut saksi kejadian, pesawat itu dilihat terbakar dengan marak,” tambah organisasi itu pada penemuan pertama siasatan awal kemalangan tersebut, lapor Reuters seperti dipetik arynew. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast