Datuk Karim Bujang
Calon Parti Warisan Sabah (Wsridsn), Datuk Karim Bujang semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Kampung Binsuluk, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 10 JANUARI 2020

KIMANIS – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu sensitif apabila panggilan bossku dianggap satu lagi jenis gila setiap kali dirinya turun padang menemui rakyat.

Menurut calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang, panggilan bossku itu sesuatu yang lumrah bagi rakyat Sabah sejak sekian lama.

“Perkataan bossku ini memang berasal dari Sabah, rata-rata orang di sini memanggil kawan, majikan dan pegawai atasan dengan bossku, itu biasa.

“Janganlah terlampau terasa sangat, pasal di Semenanjung, bossku ini satu perkara yang baharu, di Sabah satu kebiasaan.

“Kadang-kala anak kecil pun dipanggil bossku, janganlah marah darling, bossku. Ia tidak seharusnya diambil serius,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Kg Binsulok, Membakut, di sini, hari ini.

Semalam, Karim dalam ucapannya ketika berkempen di Kg Sri Serbang, Bongawan menyifatkan orang yang melaungkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan panggilan bossku sebagai salah satu daripada penyakit gila.

Baca: Teriak nama bossku itu penyakit gila ke-41, kata calon Warisan

Beliau melahirkan rasa hairan apabila kehadiran Najib ke Membakut, Sabtu lalu mendapat sambutan luar biasa sedangkan bekas Perdana Menteri itu berdepan dengan kes salah laku rasuah di mahkamah.

Dalam pada itu, Karim juga menyindir Najib agar tidak meninggikan suara ketika memanggil insan istimewa dengan panggilan ‘darling’.

“Kalau wanita panggil you darling, makna dia sayang you…darling.

“Darling itu kalau di Malaysia sudah tukar jadi sayang tapi janganlah suara itu besar kan.

“Kalau Darling dengan suara yang keras dia nampak macam marah, macam menekankan, arahan dan sebagainya.

“Darling itu harus disebut dengan nada yang lembut supaya dia lebih romantik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette