Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir pada Majlis Penutupan Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2020

LANGKAWI – Isu pemasangan tanglung di sebuah sekolah sempena perhiasan Tahun Baru Cina tidak ada kena mengena dengan perkauman.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak faham dengan larangan segelintir pihak untuk menggantung peralatan itu.

Sedangkan jelas beliau, budaya menggantung tanglung itu telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Saya tidak faham kenapa tidak boleh gantung tanglung yang dibuat sejak merdeka,” katanya.

Baca: Tanglung bawa perpaduan, Jawi bawa Islamisasi takutkan kaum lain?

Beliau diminta mengulas tindakan tujuh menteri Kabinet turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen.

Ini kerana netizen mempersoalkan mengapa isu tulisan jawi tidak mendapat perhatian yang sama dalam kalangan menteri Pakatan Harapan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast