Penunjuk perasaan memegang sepanduk mendesak pihak bertanggungjawab menembak jatih pesawat Ukraine di Iran didakwa. foto Agensi

TEHRAN – Beribu-ribu orang melakukan tunjuk perasaan di ibu negara Iran bagi melepaskan kemarahan selepas negara ini menafikan telah tembak jatuh pesawat Ukraine.

Bantahan berlaku di luar sekurang-kurangnya dua universiti memaksa polis melepaskan gas pemedih mata.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui Twitternya menyokong protes yang disifatkan sebagai ‘inspirasi’.

Semalam, Iran mengakui pesawat Ukraine International Airlines telah ditembak secara tidak sengaja – tiga hari selepas nahas yang mengorbankan 176 orang penumpang dan anak kapal.

Semasa insiden berkenaan, pesawat baharu sahaja meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeni menuju ke Kiev, beberapa jam selepas Tehran melepaaskan bedilan peluru berpandu di dua buah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Bedilan yang dilepaskan ke arah penempatan tentera Amerika Syarikat itu adalah maklum balas selepas Donald Trump memberi kebenaran untuk melancarkan serangan dron hingga mengorbankan Komander Qassem Soleimani di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 Januari lalu.

Berpuluh-puluh warga Iran dan Kanada maut dalam nahas pesawat itu, selain rakyat Ukraine, United Kingdom, Afghanistan dan Jerman.

Para penuntut yang terlibat dalam tunjuk perasaan menggesa pihak yang bertanggungjawab hingga tertembaknya pesawat berkenaan didakwa.

Malah, mereka turut mengoyakkan gambar Soleimani, selain meminta ketua komander yang dirujuk kepada Ali Khamenei melepaskan jawatan.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas.

Pengguna sosial media turut menghentam tindakan kerajaan.

Namun jumlah penunjuk perasaan yang terlibat jumlahnya tidak seramai demonstrasi merentasi Iran ketika melahirkan kemarahan semasa kematian Soleimani. – MalaysiaGazette