Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang tidak menafikan beliau adalah pemimpin veteran atau tua berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.

Bagaimanapun ia bukan satu penghalang untuk beliau berkhidmat kepada rakyat walaupun keberadaannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis tidak disenangi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.