Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Tan Sri Tony Fernandes telah menutup akaun Twitter sejak petang semalam seleps menyifatkan media sosial menjadi tempat melemparkan kemarahan.

“Setelah menutup Facebook tiba masanya untuk menutup Twitter. Ia baik seperti peminat tetapi terlalu banyak negatif dan kepalsuan serta kemarahan. Ia adalah perjalanan hebat. Rasa lebih baik sekarang kerana tidak ada Facebook dan pasti akan lebih baik tanpa Twitter. Media sosial telah menjadi tempat yang marah,” katanya menerusi Twitter sebelum ia menutup akaunnya tidak lama kemudian.

Fernandes menutup akaun Facebooknya pada bulan Mac yahun lalu selepas mendakwa ‘kebencian’ telah menular dalam rangkaian media sosial selepas serangan secara langsung dua masjid di New Zealand.

Pengasas Air Asia itu memiliki 1.3 juta pengikut. – MalaysiaGazette