Ronnie Liu

KUALA LUMPUR – 9 Mei ini adalah tarikh terbaik untuk Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun kedua pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Dewan Undangan Negeri, Sungai Pelek, Ronnie Liu berkata, akar umbi PH berharap Dr Mahathir menghormati tempoh yang ditetapkan sebelum ini untuk menyerahkan kuasa kepada penggantinya.

Lagipun, katanya, negara telah lama menunggu Anwar untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Lantaran itu, beliau berkata, akar umbi PH menyambut baik kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan beliau akan berundur jika Majlis Presiden PH mahu beliau berbuat demikian.

Ronnie mengakui Dr Mahathir telah melakukan yang terbaik tetapi masa sudah perubah dan rakyat memantau cara kerajaan menguruskan negara.

Oleh itu, negara memerlukan cara yang berbeza untuk mengendalikan agenda nasional bagi memastikan PH terus mendapat sokongan padu.

“Hanya Anwar yang dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Peranan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara dibuat ketika Anwar masih dalam penjara tetapi sekarang bahawa Anwar adalah bebas dan menjadi Ahli Parlimen Malaysia.

Dengan niat Tun Dr Mahathir untuk melaksanakan rombakan kabinet, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau membenarkan Anwar memilih pasukan barunya untuk menerajui kerajaan.

“Daripada hasrat Tun Dr Mahathir untuk melakukan rombakan Kabinet, mungkin sudah tiba masanya untuk beliau membenarkan Anwar memilih pasukan barunya untuk menerajui kerajaan,” tambah Ronnie.

Menurutnya, Dr Mahathir yang berpengalaman bertahun-tahunnya, tidak perlu menjadi ‘usang’, sebaiknya-baiknya berkhidmat kepada negara sebagai negarawan, seperti yang dilakukan oleh Nelson Mandela pada usia tuanya.

Lagipun, tekanan yang Dr Mahathir hadapi sekarangb ukanlah mudah untuk seorang yang berumur, yang telah menghabiskan hampir 50 tahun dalam kerajaan. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Kaum kroni sahabat handai bolehlah mula pindahkan aset2, dana2 dan duit2 anda keluar negara!

    Nyawa Atok dikerusi PM berbaki hanya beberapa bulan SAJA lagi. AWAS, anda2 semua akan diligan sehingga kelubang cacing oleh musuh2 anda DAP dan sekutunya… he..he..

Comments are closed.