KUALA LUMPUR – Selepas sekatan terhadap import minyak sawit yang sudah mengundang kebimbangan di pihak Malaysia, kini ada pula ura-ura mengatakan India sedang menimbang untuk melaksanakan lebih banyak sekatan.

Perkara itu dilaporkan portal berita Times of India (TOI) yang menyebut sudah ada perancangan oleh negara itu untuk menyekat lebih banyak import eksport dengan Malaysia pada masa hadapan.

Terbaharu, India dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk menyekat kemasukan peralatan mikroproses dan telekomunikasi dari Malaysia malah pihak berkuasa negara itu juga telah mengeluarkan arahan kepada kastam untuk mematuhi arahan sekatan tersebut.

Ini juga mungkin antara tindak balas perdagangan pertama oleh India kepada Malaysia berhubung pendirian politik negara yang dikatakan ‘mencampuri’ urusan mereka.

Kata TOI, sebelum ini Dr Mahathir secara tegas telah berikrar untuk terus bersuara mengenai dasar kerajaan India yang bertentangan dengannya pada masa ini selepas New Dehli mengenakan sekatan ke atas import minyak sawit.

Selain daripada itu, Dr Mahathir juga mengkritik India kerana bertindak membatalkan status semi-autonomi Kashmir yang merupakan antara isu sensitif antara negara itu dan Pakistan.

Juga kritikan Dr Mahathir berhubung India memperkenalkan undang-undang kewarganegaraan yang dianggap anti-Islam yang kemudian di selar oleh pihak berkuasa India.

India juga dikatakan begitu kecewa dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang enggan mengekstradisi pendakwah berkontroversi, Dr Zakir Naik kembali ke India atas dakwaan penggubahan wang haram serta aktiviti keganasan.

Dr.Zakir Naik
Dr. Zakir Naik

Zakir Naik juga dikatakan telah menyinggung perasaan yang bukan Islam di negara ini kerana beberapa ucapan ketika sesi dakwahnya sehingga banyak laporan polis di buat selain kini sedang melalui proses perundangan.

Dalam pada itu, TOI yang memetik sumber juga melaporkan Kementerian Perlombongan India ketika ini sedang mengawasi import dan berkemungkinan besar akan ada tindakan seterusnya dalam sekatan dalam beberapa minggu ini.

Artikel berkaitan: https://timesofindia.indiatimes.com/india/india-plans-more-curbs-as-malaysia-pm-talks-tough/articleshow/73259108.cms?from=mdr

Katanya lagi minyak sawit Malaysia sudah dikenakan tarif import lebih tinggi sehingga mencecah 50 peratus kerana duti kawalan sebanyak 5 peratus jika hendak dibandingkan 45 peratus yang dikenakan kepada komoditi yang dihasilkan oleh Indonesia.

Minyak sawit dari dua negara Asia Tenggara itu merupakan kira-kira dua pertiga daripada import minyak sayuran tahunan India sebanyak 15 juta tan.

Perdagangan India dengan Malaysia dianggarkan lebih dari AS$17 bilion (RM69.20 bilion) dengan eksport pula sebanyak AS$6.4 bilion (RM26 bilion) sementara import dianggarkan AS$ 10.8 bilion (RM43.96 bilion). –MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. Ko sekat lh india , kmi tak terjejas pun, kmi tak mkn kari, kmi ada kari sndiri..ko plu ingat rakyat ko kita akn halau kluar dr ngara kmi..ingat tu..bodoh punya india..

    • Betul hebat Kuku besi Madey, semburit Azmin di halal kan, kes dadah anak Mat Sabu di sepi kan, kes rogol Adun Perak di diam kan, Madey suka cari musuh dengan negara luar..Malausia Tiger.

  2. Sepatutnya India sekat itu ini tak jadi masalah, boleh intai2 investment dari negara2 Arab yang kaya raya.

    Tapi geng2 Atok buat hal la pula pi buat wiretapping perbincangan ketua negara Najib dengan Raja Arab. Lansung depa tak mau mai buat investment, depa pi Indonesia buat pelaburan RM90 ++ billion. Boleh create banyak peluang pekerjaan dari tukang bancuh teh dipejabat, engineers sehingga ke jawatan2 tinggi. Boleh bantu masalah pengangguran yang kian parah!

    Apa bodoh punya kerajaan hancing? Latipah Koya kenalah bertanggungjawab?

  3. malaysia 60 tahun merdeka pun tak boleh berdikari kerana kecuaian umno. cuba kalau 2020 kita sudah menjadi negara maju. sekatan india ini tidak ada kesan bagi kita. malah kita boleh hantar balik warga india secara besaran2.

  4. Jgn tunduk pada kafir laknatullah India..
    Kuasa dan kehendak Allah mengatasi segalanya.
    Yg benar tetap benar. Yang bathil tetap bathil.

Comments are closed.