KUALA LUMPUR- Band metal dari Itali, Lacuna Coil dan Crossfaith dari Jepun bakal menggegarkan festival rock terbesar negara, Rockaway Fest 2020 yang bakal diadakan pada 14-15 Mac ini di Lapangan Letak Kereta Stadium Bukit Jalil.

Selain Lacuna Coil dan Crossfaith, band rock dari Amerika Syarikat, Atreyu juga dijangka memberikan persembahan penuh bertenaga pada acara tersebut.

Tidak hanya menampilkan persembahan muzik rock sahaja, buat pertama kalinya Rockaway Fest 2020 turut menganjurkan karnival selama dua hari dengan menyediakan pelbagai aktiviti termasuk pelbagai jenis makanan dan minuman yang terbuka kepada orang ramai.

Turut akan membuat persembahan pada festival rock berkenaan adalah Datuk M. Nasir, Butterfingers, Kyoto Protocol, Hujan dan XPDC.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast