Huawei Y9s mempunyai ciri yang besar seperti bateri besar, skrin besar dan stor simpan besar

KUALA LUMPUR – Jika anda memiliki perancangan untuk bertukar ke telefon pintar yang baharu dan ingin berjimat, koleksi terkini generasi Huawei Y9 Series iaitu Huawei Y9s adalah pilihan terbaik.

Jangan tidak percaya, harga yang ditawarkan untuk Y9s hanya RM999 sahaja. Murah dan sangat berbaloi apa yang ditawarkan oleh buah tangan terbaharu daripada gergasi telekomunikasi China itu.

Apa tidaknya, Y9s ini mempunyai ciri yang besar seperti bateri besar, skrin besar dan stor simpan besar.

Gajet ini dilengkapi skrin besar bersaiz 6.59 inci dengan Paparan Ultra FullView, ruang penyimpanan 128GB, 48MP Triple AI Camera – 48MP Main Camera + 8MP Ultra Wide Angle Camera + 2MP Bokeh Camera.

Malah ia turut menampilkan rekaan kamera hadapan pop naik 16MP serta bateri 4000mAh.

Jadi, kenapa perlu bayar mahal jika boleh memiliki telefon pintar lebih baik dengan harga yang lebih murah? Senang cakap, memang puas hati membeli.

Huawei Y9s tampil dengan dua warna.

Produk terbaharu itu ditawarkan dalam dua warna iaitu “Midnight Black’ dan ‘Breathing Crystal’.

Lebih menguntungkan, dengan setiap pembelian Y9 Series, pembeli boleh menebus Huawei Band 4 yang berharga RM139 secara percuma selagi stok masih ada di Member Center.

Sementara itu, harga yang ditawarkan untuk Huawei Y9 Series ni bermula dari RM799 manakala harga baharu untuk Y9 Prime ialah RM799 dan Huawei Y9s pula hanya RM999 sahaja.

Jadi apa tunggu lagi untuk berjimat dan berbaloi. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Huawei atau boleh terus kunjungi cawangan berhampiran. – MalaysiaGazette

Harag Huawei Y9s hanya RM999 sahaja.