PUTRAJAYA – Sebanyak 4.8 juta rakyat negara ini telah memohon program e-Tunai Rakyat sejak dilancarkan pada minggu lalu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, daripada jumlah itu, sebanyak 3.5 juta permohonan telah diluluskan.

“Sebanyak RM105 juta sudah dibelanjakan menjadikan lebih 25 peratus daripada RM450 juta yang diperuntukkan untuk program berkenaan sudah digunakan.

“Jadi saya berharap agar tiga syarikat pengendali program itu dapat mempercepatkan kelulusan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke IOI City Mall Putrajaya sempena Pelancaran Inisiatif E-Tunai Rakyat di sini hari ini.

Menerusi program itu, rakyat yang sudah menuntut RM30 daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go perlu menggunakannya sehingga 14 Mac depan.