sesi dialog Astro Awani
sesi dialog Astro Awani

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof dicabar menyambut pelawaan Astro Awani menjadi panel dalam program Sesi Dialog bersama Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi mengenai isu-isu terkini melibatkan Tabung Haji (TH).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mujahid perlu segera menyahut cabaran itu atau dimalukan penyokong sendiri yang mahu menteri agama itu digantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH dan CEO Tabung Haji Plantations (THP).

“Ini dah melampau…Dr Mujahid Yusof Rawa, baca ini.

“Geng kamu sendiri pandang rendah ko. Seolah-olah kata kamu tak ada kelulusan dan kepakaran untuk berdialog dengan Ketua Pemuda UMNO.

“Jangan kecut! Berani kerana benar. Telefon Astro saat ini juga untuk bersetuju,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas cadangan pemilik Facebook bernama Otai Bersih hari ini yang Asyraf Wajdi berdepan dengan Pengarah Urusan Kumpulan selaku CEO TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff atau CEO THP, Muzmi Mohamed.

“Kata nak selesaikan masalah Ummah, kita selesaikan dengan cara paling profesional melalui mereka yang berkepakaran.

“Tengok pada kelulusan, Asyraf Wajdi sesuai berdepan dengan kedua-dua individu tersebut sebab kelulusan dan bidang kepakaran masing-masing.

“Tapi tak tau la Asyraf Wajdi berani atau tidak berdepan dengan CEO TH & THP secarap profesional,” kata pemilik Facebook pro Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya mendedahkan beliau dihubungi Astro Awani yang mahu mengaturkan satu Sesi Dialod di TV antara dirinya dengan Mujahid menyentuh isu-isu TH.

“Saya terus menyatakan persetujuan, cuma menanti jawapan pihak Dr Mujahid Yusof Rawa. Harap-harap beliau terima pelawaan tersebut demi manfaat ummah,” kata Asyraf Wajdi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.