Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta yang lain menggaul 'Yee Sang' pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 anjuran Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor di DPCKLS, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (DPCKLS) hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira jam 12.20 tengah hari ini untuk bersama masyarakat Tionghua menyambut perayaan itu.

Kedua-dua pemimpin itu bersama Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari; Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Pengerusi DPCKLS, Datuk Ong Seng Khek kemudiannya menyaksikan sesi penulisan kaligrafi Cina, Jawi dan Tamil oleh tetamu khas.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MyPPP, Datuk Seri M. Kayveas.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan DPCKLS, Seng Khek berbangga dengan kehadiran tetamu dari pelbagai kaum ke majlis perayaan itu.

Katanya, kehadiran mereka mencerminkan masyarakat Malaysia yang sebenar dan pertama kali kehadiran Perdana Menteri dan timbalannya untuk sama-sama menyambut Tahun Baru Cina.

“Saya harap negara kita semakin makmur dan kehidupan rakyat amam dan damai.

“Kita harus saling menghormati agama, kebudayaan dan tradisi kaum lain, di samping dapat memahami usaha DPCKLS untuk mempromosikan aktiviti yang memupuk perpaduan pelbagai kaum,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast