Shukri Saad (kiri) bersama Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas membuat laporan polis berhubung fitnah Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 05 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Satu writ saman dikemukakan Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak keatas Muhammad Yusoff Rawther.

Tindakan saman yang dimulakan Jumaat lalu mendakwa Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah beliau dalam sidang media pada 4 Disember tahun lalu.

Writ difailkan tetuan Messrs Kumar Thangaraj & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Memetik laporan Malaysiakini, Farhash mendakwa Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah itu dengan pengetahuan ia akan dilaporkan media tempatan.

Pengerusi PKR Perak itu berkata, tuduhan itu bertujuan mencemarkan imej dan reputasinya sebagai ahli politik PKR kerana antaranya menggambarkannya sebagai “ganas, liar dan kaki pukul”.

Dalam writ itu, Farhash turut memohon perintah injuksi untuk menghalang Yusoff mengeluarkan atau terus menyiarkan kenyataan itu terhadapnya.

Farhash turut memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta kos, dengan faedah tahunan, yang jumlah ditentukan akan mahkamah.

Bulan lalu Farhash berkata, pihaknya menimbang  tindakan undang-undang terhadap Yusoff yang merupakan bekas penyelidik Presiden PKR.

Dalam satu kenyataan, Farhash berkata, Yusoff telah melakukan fitnah ke atas dirinya semasa satu sidang media pada 4 Disember lalu.

“Oleh itu saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan apa yang disebut olehnya sewaktu sidang media yang disiarkan di laman facebook “Solidariti Buat Muhammad Yusoff Rawther” pada 4 Disember 2019,” katanya.-MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Farhash timbang tindakan undang-undang terhadap Yusoff Rawther

1 Komen

  1. Teruskn saman tindakkn undang2 terhdp Yusof Rawther tu, usah tarik balik, nanti jika tidak sewenang2 mulut tak ambil ansurance tu di buat atas arahan makan upahan dri seseorg org yg bertaraf menteri@pun belau cuba nak rahsiakn sesuatu di sebalik drama bersiri,lakonan tgn hitam yg berpengalaman lama warga M’sia dah tahu yg Yusof tu bekas staff Anwar, lepas tu pengngur profesional dpt wang Rm 15 Juta dri dalang yg kulit ha, ha, ha, biar belau di siasat paksa sehingga belau mengaku… siapa dalangnya,…biar seluruh dunia thu siapa tok dalangnya di sebalik Yusof….

Comments are closed.