Keadaan pesawat tentera Amerika Syarikat yang terhempas di Ghazni, Afghanistan. foto Agensi

KABUL – Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS), E-11A terhempas di wilayah Ghazni tetapi mempertikaikan kenyataan Taliban yang menembak jatuh kapal terbang itu.

Pihak berkuasa bergegas ke lokasi dan mengenal pasti serpihan pesawat di kawasan pergunungan yang dikuasai oleh Taliban.

“Punca nahas masih disiasat tetapi tidak ada petunjuk ia disebabkan oleh tembakan musuh,” kata jurucakap tentera AS, Kolonel Sonnt Leggett dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada maklumat jumlah penumpang dalam pesawat itu, malah nasib mereka tidak diketahui.

Pegawai AS berkata, kurang daripada lima orang berada di pesawat ketika ia jatuh.

Tetapi menurut maklumat awal, sekurang-kurangnya dua orang berada di dalam pesawat berkenaan.

“Pesawat itu berada dalam misi perisikan dibawa ke kawasan Sado Khel di daerah Deh Yak, wilayah Ghazni,” kata Zabihullah Mujahid, jurucakap Taliban dalam satu kenyataan.

Mujahid tidak mengatakan bagaimana pesawat itu ditembak.

Katanya, pesawat itu dinaiki oleh pegawai tinggi AS tetapi perkara itu dinafikan oleh pegawai pertahanan Washington.

Taliban mengawal sebahagian besar wilayah Ghazn yang berperang melawan tentera AS sejak tahun 2001.

Pesawat tentera itu dibina oleh Bombardier Inc., digunakan untuk menyediakan keupayaan komunikasi di kawasan terpencil.

Kejadian ini berlaku di tengah-tengah perbincangan antara Taliban dan AS untuk mengakhiri perang selama 18 tahun di Afghanistan.

Presiden Donald Trump mahu menamatkan pembabitan AS di Afghanistan yang bermula selepas serangan 11 September 2001, serangan yang dilancarkan oleh al-Qaeda dari Afghanistan yang memerintah Taliban.

Rundingan antara kedua pihak telah bermula tahun lepas di Doha tetapi diganggu sebanyak dua kali selepas serangan Taliban ke atas tentera AS pada bulan September dan Disember. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bagus Taliban ni, 18 tahun berperang dengan US tapi masih kekal utuh, mantap… tidak berganjak!

    Satu2nya bangsa/kaum/negara yang tidak pernah dikalahkan.

  2. Bagus Taliban ni, satu2nya bangsa/kaum/negara yang tidak pernah ditewaskan oleh mana2 musuhnya!

    Bayangkan 18 tahun masa diambil oleh US kuasa besar tercanggih dunia untuk berperang tetapi Taliban masih kekal utuh, kukuh dan mantap!

Comments are closed.