Reaksi Umadevi isteri kepada ADUN Gadek Melaka, G. Saminathan selepas selesai perbicaraan dan keputusan permohonan jaminan kes individu dikaitkan dengan LTTE Saminathan A/l Ganesan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Harapan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek,  G. Saminathan berkecai apabila permohonan untuk ikat jamin suaminya ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, V. Umah Devi tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak-esak dan meraung sambil memeluk suaminya yang juga Exco Negeri Melaka serta pemimpin DAP.

Malah Umah Devi dilihat tidak mahu melepaskan suaminya selama lebih 20 minit sebaliknya memeluknya dengan erat walaupun cuba dipujuk oleh Saminathan dan beberapa pemimpin parti DAP lain.

Wanita itu meluahkan rasa ‘sakit’ tanpa ketiadaan suami di sisinya malah menceritakan kepada tertuduh bagaimana kesusahan dirinya tanpa beliau dalam bahasa Tamil.

Reaksi Umadevi isteri kepada ADUN Gadek Melaka, G. Saminathan selepas selesai perbicaraan dan keputusan permohonan jaminan kes individu dikaitkan dengan LTTE Saminathan A/l Ganesan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 JANUARI 2020

Saminathan sendiri kelihatan kecewa serta terkejut namun tidak banyak bercakap sebaliknya lebih banyak mendiamkan diri.

Umah kelihatan sedih itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya untuk pulang walaupun ramai cuba bercakap dan memujuknya, wanita itu kelihatan begitu sedih.

Bilik perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah 5 juga sesak dengan kehadiran lebih 200 orang termasuk pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang, P. Ramasamy, Ronnie Liu, Charles Santiago dan Khoo Poay Tiong.

Rata-rata pimpinan parti itu juga enggan mengulas keputusan mahkamah menolak ikat jamin Saminathan oleh Hakim Mahkamah Tinggi kepada wakil-wakil media.

Peguam, Ramkarpal Singh hadir pada perbicaraan dan keputusan permohonan jaminan kes individu dikaitkan dengan LTTE Saminathan A/l Ganesan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 JANUARI 2020

Sebaliknya peguambela mewakili Saminathan merangkap Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh hanya menjawab ringkas kepada wakil media di luar perkarangan mahkamah.

Kata Ramkarpal, pihaknya kini sedang meneliti beberapa pilihan yang sedia ada bagi meneruskan kes itu.

“Sememangnya kita sangat kecewa, walaupun kita mempunyai peluang serta alasan konkrit dengan permohonan ikat jamin kita tetap ditolak tadi.

“Kita sedang kaji untuk kemukakan rayuan atau membuat permohonan yang baharu pada masa ini,” ujarnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan untuk menolak permohonan ikat jamin itu kerana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan dibawah Seksyen 130J(1)(a) jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.–MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

LTTE masih lagi sebuah organisasi pengganas yang aktif – Hakim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ikut law lh bodoh dap kafir harbi..ko kn dulu duk myalak mcn anjing suruh krjaan bn ikut law, skrg ko knpa pula kecewa…mmg dap kafir harbi btul lh..ko tggu lh pru15 ko akn hncur berkubur…kmi rakyt akn hncurkn dap laknatullah ni..

Comments are closed.