Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya membezakan di antara mereka berniat jahat menyebarkan berita palsu dengan individu yang hanya bertanyakan tentang penularan wabak koronavirus di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih mengejutkan apabila individu-individu yang sekadar menyoal kesahihan beberapa insiden wabak itu di laman Facebook telah ditahan oleh pihak polis, hari ini.

“Saya rasa ada perlunya kerajaan bezakan mereka yang berniat jahat menyebar berita palsu dengan mereka yang cuma menyoal kerana benar-benar bimbang.

“Baru tadi, PDRM mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berjaya tahan beberapa orang atas tuduhan menyebar berita palsu.

“Turut dilampirkan dalam kenyataan media PDRM adalah bukti tangkap layar posting-posting kenapa mereka ditangkap polis,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Sebanyak lima kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran khabar angin serta berita tidak benar di laman sosial berhubung penularan novel coronavirus (2019-nCoV).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes tersebut melibatkan penyebaran maklumat yang ditularkan di laman Facebook berhubung beberapa insiden yang cuba dikaitkan dengan wabak berkenaan.

Kesemua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian) dijalankan.

Najib juga mempersoalkan pihak berkuasa itu yang tidak menahan seorang menteri Kabinet yang didakwa menipu dengan mengatakan Malaysia selamat daripada ancaman wabak dari Wuhan, China itu.

“Yang terang-terang menipu seperti Menteri yang kata semua pelancong di Malaysia sihat pula tak ditangkap.

“Pagi ini, kerajaan umum tiga lagi pelancong disahkan positif Coronavirus dan sedang dirawat di Langkawi, Johor dan Wilayah Persekutuan, menjadikan jumlah pelancong yang dijangkit naik ke tujuh orang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Macau Scam MENIPU orang awam ditangkap dan didakwa dimahkamah, MENTERI terang2an MENIPU orang awam HAPUS TOL hingga kini masih lepas bebas dalam masyarakat.

    Disaran agar pihak polis dapat tangkap PENIPU ini dan diheret kemahkamah!

    Apakah dalam undang2 terdapat 2 jenis PENIPUAN yang berbeza tingkatannya? Penipuan oleh orang awam akan dikenakan hukuman penjara manakala penipuan oleh MENTERI dibolehkan?

    Ada juga yang berkata undang2 itu sangat adil dan bergitu teliti! Benarkah?

    Minta mana2 hakim dapat jelaskan!!!

  2. Dibawah pakatan hancing janganlah hanya baca berita dari BERNANA, untuk mendapatkan berita terkini berkenaan coronavirus yang MEMBUNUH bacalah juga berita2 dari CNN, BBC, Al Jazeera atau media2 lain yang lebih dipercayai!

    BERNANA sudah hilang ummppppp!

Comments are closed.