Volodymyr Tsemakh

KIEV – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) menolak aduan suspek utama kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh, Volodymyr Tsemakh, dan membenarkan ektradisi individu itu ke Belanda dilakukan, kata peguam suspek itu, Anatoly Kucherena seperti dilapor Interfax-Ukraine.

“Kami kecewa dengan keputusan ECHR yang menolak permohonan kami untuk kelulusan langkah interim, yang mana membenarkan larangan ekstradisi Tsemakh ke Belanda,” kata Kucherena.

Selain itu, Kucherena menambah, walaupun mahkamah Strasbourg memutuskan demikian, beliau akan terus mencari jalan lain untuk menghalang ektradisi dilakukan.

“Kenyataan ECHR yang menjawab semua permintaan yang difailkan dihantar ke alamat saya adalah pelik. Saya tidak dapat apa-apa dari ECHR, adalah tidak diketahui mereka memfailkannya,” kata peguam itu.

Terdahulu, Tsemark memfailkan aduan kepada ECHR terhadap Ukraine dan Belanda.

Sebelum itu, anak perempuan Tsemakh menyiarkan gambar beliau dan bapanya dengan menyatakan bahawa mereka akan pulang ke daerah Donbas, Ukraine yang dikuasai puak pemisah Rusia.

Australia dan Belanda melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Ukraine mengekstradisi Tsemakh ke Rusia dalam program pertukaran banduan pada 7 September lalu.

.Pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada Julai 2014 dengan kesemua 298  penumpang dan anak kapal terbunuh.

Australia dan Belanda menuduh Rusia bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut. – Agensi.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast