Dr. Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA – Sehingga kini tidak ada permintaan daripada China untuk  membawa pulang lapan rakyatnya yang sedang dirawat di beberapa hospital dalam negara ini selepas dijangkiti Koronavirus.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yakin Menteri Luar Negeri akan memaklumkan kepada pihaknya jika wujud permintaan dari negara itu.

“Saya yakin rakan saya di Kementerian Luar Negeri akan beritahu kalau ada.

“Setahu saya belum ada permintaan,” katanya ketika sidang media mengenai perkembengan terkini Koronavirus di sini hari ini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas laporan Reuters yang memetik kenyataan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) bahawa kerajaan negara itu menghantar dua penerbangan ke Malaysia dan Thailand untuk dibawa balik wangganya yang dijangki koronavirus.

Dzulkefly yang mengakui tahu tentang laporan tersebut berkata, beliau masih tidak dapat disahkan kebenaran maklumat itu.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.