Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR- Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini membuat laporan polis selepas ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diserang sekumpulan individu pada majlis rapat umum Armada Johor, semalam.

Syed Saddiq berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pasukan polis untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti kumpulan terbabit.

“Kami juga mempunyai rakaman video wajah-wajah mereka yang terlibat untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Syed Saddiq, pihaknya mengesyaki kumpulan tersebut adalah daripada pihak pembangkang iaitu UMNO.- MalaysiaGazette