Najwan
Najwan Halimi

KUALA LUMPUR – Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memangku tugas Menteri Pendidikan untuk memperkenalkan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris merupakan langkah ke belakang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohd Najwan Halimi juga menyifatkan cadangan tersebut idea lapuk peninggalan kerajaan lama yang telah ditolak oleh mana-mana pakar bahasa, sama ada bahasa asing mahupun bahasa ibunda.

Katanya, Jemaah Menteri wajib menolak gesaan Dr Mahathir kerana perihal berhubung PPSMI itu sama sekali tidak termasuk di dalam manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Jemaah Menteri sangat bertanggungjawab untuk menggesa agar perkara utama dalam usaha reformasi dilakukan dan bukan kembali kepada dasar lama kerajaan lama.

“Antara kajian segera yang perlu dilakukan dan mencapai persetujuan bersama adalah seperti pengukuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta sekolah kebangsaan satu aliran yang perlu mengajar Bahasa Kebangsaan dan bahasa ibunda – seperti bahasa Cina, bahasa Tamil dan lain-lain – yang perlu kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas cadangan Dr Mahathir semalam yang mahu mengembalikan PPSMI menggalakkan penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia

Artikel berkaitan: Mata pelajaran sains, matematik guna BI semula – PM

Mengulas lanjut, Mohd Najwan berkata, semua dasar utama perlulah melalui perbincangan dalam mesyuarat Kabinet sebelum dikemukakan untuk wacana umum untuk memastikan pentadbiran dan komunikasi kerajaan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Perlaksanaan dasar bahasa Inggeris untuk pembelajaran Sains dan Matematik yang pernah disaksikan di era kerajaan Barisan Nasional, katanya, adalah beban yang tidak perlu kepada kerajaan Pakatan Harapan di era Malaysia baharu.

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, isu PPSMI telah beberapa kali dibangkitkan, malah Dr Mahathir dalam satu jawapan di Dewan Rakyat berkata, PPSMI sedang dikaji secara terperinci dengan menyediakan sistem baharu melibatkan pengajaran melalui teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri berkata melalui sistem itu, pengajaran yang direkod oleh guru terbaik akan diguna di setiap sekolah, supaya kecekapan guru itu dapat dinikmati semua murid dan pelajar. – MalaysiaGazette

Pelaksanaan semula PPSMI dikaji secara terperinci – Dr Mahathir

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. idea lapuk peninggalan kerajaan lama? kerajaan mana tu? Bukan ke kerajaan Medey?? Bukan tu idea PM ke 4? haaaaa bodoh betul

Comments are closed.