KUALA LUMPUR – Pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan anak keduanya iaitu bayi perempuan semalam.
Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi Instagram miliknya.
Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
“Alhamdulillah, isteri saya Nur Amira Izzati selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi.
“Bayi sihat dan isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulisnya.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017. – MalaysiaGazette