Penyanyi Indonesia dan juga merupakan Duta Kopi Pak Belalang, Ahmad Dhani turut membuat persembahan pada Malam Legasi Jutawan ARBA 2016 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Selangor. foto 17 DISEMBER 2016.

KUALA LUMPUR –  Ahmad Dhani menepis sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakannya dan kumpulan Dewa 19 merupakan ejen penyebar fahaman Yahudi di Indonesia.

Dakwaan tersebut, katanya, sengaja dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu memburukkan mereka termasuk untuk menjatuhkannya.

“Ada sebuah gerakan kempen hitam (black) oleh seseorang atau sekelompok kepada Dewa 19, terutama saya. Setelah 2009, video itu cukup viral sejak 10 hingga 11 tahun yang lalu yang berjudul Dewa dan Yahudi, tapi jangan ditonton lagi kerana video itu isi kandungannya semua palsu,” tegasnya dalam channel Youtubenya.

Sebelum ini wujud dakwaan mengatakan Dhani dan Dewa ejen menyebar Yahudi dengan mengaitkan beberapa simbol-simbol yang ada baik di video klip dan cover kaset lagu mereka.

Paling viral adalah saat ada gambar mata satu pada antara album kumpulan itu yang dikaitkan dengan gerakan Illuminati.

Tuduhan itu berlarutan sejak 10 tahun yang lalu.

Selain itu, Ahmad Dhani turut berkata dia tidak tahu-menahu motif sebenar penyebaran video palsu yang menuduh kumpulan itu namun mengenal pasti dua individu yang menjadi dalang.

Beliau bagaimanau enggan mendedahkan dua-dua individu terbabit.

“Saya tak tuduh, mungkin video itu dibuat untuk main-main atau serius, saya pun tak jelas, jadi semua kandungan dibuat bukan saya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast