KUALA LUMPUR – DAP dijangka berdepan cabaran yang besar dalam pilihan raya negeri di Sarawak kerana “sentimen tempatan” masih kuat di situ.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, adalah mustahak untuk Pakatan Harapan (PH) memastikan orang Sarawak merasakan bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil berat akan mereka.
Katanya, orang Sarawak juga perlu merasakan bahawa mereka merupakan arus perdana dalam negara selain membolehkan mereka menikmati hasil. pembangunan.
Mengenai isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Guan Eng berkata, apa yang dijanjikan mesti dikotakan dan janji itu tidak boleh diulang-ulang.
“Pemimpin DAP tidak pernah berkata untuk tidak mengotakan janji.
“Walaupun berdepan isu kewangan dan mewarisi keadaan buruk yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, tetapi kami tetap akan mengotakan janji, cuma ia memerlukan masa,” katanya dalam wawancara bersama Oriental Daily.
Tambahnya, perubahan tidak harus digantung di bibir sahaja, tetapi ia harus dapat disentuh dan dirasakan rakyat.
Katanya, kerajaan PH adalah lebih baik berbanding kerajaan lama dalam semua aspek.
Menurut Guan Eng, pembangkang bukan sahaja tidak berkemampuan, tetapi sangat tamak.
“Tak mampu tak apa, tetapi mereka mahu pula beli kereta mewah.
“Kerajaan negeri sudah tak cukup duit membayar gaji penjawat awam dan perlu meminjam daripada Kerajaan Persekutuan. Adakah rakyat mahu memilih kerajaan seperti ini?” katanya tanpa menamakan kerajaan negeri yang dimaksudkan. – MalaysiaGazette
Bangsa dap bersiap lah untuk tersungkur bermula dari pru serawak dan seterusnya pru 15 . Dan dari apa ya awak cakap tu wahai dap hanya lah lahir dari kerisauan akan hilang kuasa kerajaan dan yg paling awak takut scandal terowong dan bungglo akan mula dibuka balik .bersedia lah ke sungai buluh atau kajang .
Pembohong sungguh Guan Eng ni..Kelantan belanjawan dia ada lebihan 45 juta utk 3 tahun berturut-turut! Malah yg dituntut dari Guan Eng tu ialah hutang kerajaan Persekutuan..itu pun bukan semua DAP bayar hutang kpd kerajaan Kelantan..sial punya pembohong! Rakyat Sarawak kasi tendang ni penipu yg tak nak bagi kenaikan hasil minyak Sarawak..sial punya kerajaan Pusat ni..pembohong!
Inilah parti perkauman fanatik Cina dari Semenanjung yg memporak peranda Sarawak & Sabah yg terkenal dgn keharmonian masyarakat berbilang bangsa. /agama & menjadi contoh kpd Semenanjung….