Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto SYAFIQ AMBAK, 16 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan rasa bangga kerana beliau adalah produk yang berjaya hasil program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kenyataan beliau itu menyusul selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan menteri pendidikan menyatakan hasrat untuk melaksanakan semula PPSMI.

Bagaimanapun, seorang netizen tampil di laman Twitter menegur Syed Saddiq.

Menggunakan tweethandle @opfarhan atas nama Farhan, netizen itu menempelak Syed Saddiq yang dakwanya bukan graduan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

With all due respect as batchmate, you are not a STEM graduate.

And let us not go further into your spm science subject result. Stay in your lane please,” katanya di Twitter.

Status itu dimuatnaik beberapa jam selepas media melaporkan kenyataan Syed Saddiq bahawa dirinya adalah hasil produk yang berjaya dalam program PPSMI.

ISyed Saddiq berkata, beliau adalah salah seorang anak muda yang melalui PPSMI dan pada masa yang sama berjaya dididik melalui PPSMI sehingga berjaya.

Malah beliau berkata, PPSMI telah banyak membantu dirinya.

Semakan yang dibuat MalaysiaGazette mendapati Syed Saddiq belajar di Maktab Tentera Diraja Malaysia dengan menjadi generasi ketujuh sejak dasar PPSMI diperkenalkan pada 2003. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Saya berjaya kerana PPSMI – Syed Saddiq