Jose Mourinho

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui dia sudah meramal Liverpool akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris sejak November lalu.

Pengendali kelahiran Portugal itu percaya The Reds dapat menjulang trofi kejuaraan selepas Manchester City tewas kepada anak buah Jurgen Klopp ketika itu.

Minggu lalu, City turut tewas 2-0 kepada Tottenham.

Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kini mengumpul kelebihan 22 mata untuk mendahului kedudukan liga.

“Saya dapat merasakan November lalu. Saya tahu memang sukar untuk merangkul trofi untuk kali ketiga berturut-turut. Sangat susah.

“Tetapi City masih merupakan sebuah pasukan menakjubkan. Pasukan hebat, pemain-pemain hebat dan pengurus hebat,” jelas Mourinho. – MalaysiaGazette