Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – “Kamu sudah tunggu 20 tahun, panjangkan enam bulan lagi tidak jadi masalah”

Itu kesediaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tempoh untuk mengambilalih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga yakin akan mendapat sokongan mencukupi di Parlimen semasa wawancara dengan Reuters yang disiarkan hari ini.

Mengikut kesepakatan Pakatan Harapan, Anwar yang sepatutnya dilantik menggantikan Mahathir dalam tempoh dua tahun selepas PRU-14 namun ia dipanjangkan selepas Persidangan APEC pada November ini.

“Jika ada keperluan kembali ke Parlimen (peralihan kuasa PM) sudah tentu ia boleh dilakukan kerana PH ada majoriti pada masa sekarang,” ujarnya.

Anwar yakin seperti sokongan padu terhadap Mahathir menjadi PM, sokongan yang sama diraihnya semasa beliau menjadi penggantinya.

Dalam pada itu, beliau juga menyedari beliau banyak musuh politik yang tidak mahu peralihan itu berlaku.

Mengenai isu boikot minyak sawit oleh India, Anwar berkata, Mahathir telah mengurangkan kritikannya pada masa ini dan New Delhi maklum mengenainya.

“Tetapi sejak itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beliau mengawal dan cuba membuat penyesuaian yang perlu. Saya yakin pemimpin-pemimpin di India akan ambil perhatian hakikat bahawa Mahathir mengatakannya tetapi kemudian dia sekarang menahan diri daripada mengulanginya secara kata-kata atau dalam nada sama,” ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Muafakat Nasional kalau buat perjanjian dengan ATOK wajib ada hitam puteh dan saksi!

    Takut kalau cakap2 saja janji bulan bintang nanti kena TIPU macam dia buat dengan Non! Kesian!!!!… Kah..kah..kah..

  2. Semenjak 20 tahun dulu? ..
    (Pencetus Kebajaran)
    Ayat oun kita dah faham. Tidak ada idea yang diberikan kecuali ayat diulang
    Sekarang je lunak Peralihan Kuasa.
    Nak tanya ..
    Perlu ke peralihan kuasa ni .. penting ke bagi rakyat.
    YB yang berkerja baik seperti Zuraidah malah Azmin Ali pasti tiada dalam senarai.
    Baik fak perlu layan…

Comments are closed.