Foto Facebook Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum menerima jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, langkah pertama dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.

“Kenapa Anwar takut hendak buat tindakan saman sivil ke atas Yusoff Rawther? Peganglah pada prinsip ‘berani kerana benar; takut kerana salah!

“Tolong jangan berdolak-dalih lagi! Bersihkan namanya terlebih dahulu dan tolong ambil tindakan undang-undang terhadap Yusoff Rawther sebelum berhajat untuk jadi PM8!” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khairuddin juga membidas sikap Anwar yang seolah-olah takut untuk menyaman Yusoff sedangkan dakwaan serangan seksual itu telah dilaporkan kepada pihak polis.

“Macam mana Anwar Ibrahim hendak jadi PM8?

“Dia sendiri pun tak berani hendak saman Yusoff Rawther ke mahkamah di atas segala dakwaan oleh bekas pegawainya itu tentang salahlaku yang telahpun dilaporkan ke pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin turut mencabar Anwar untuk membawa usul tidak percaya terhadap Dr Mahathir pada persidangan Parlimen akan datang.

“Saya cabar secara terbuka Anwar untuk bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir pada pembukaan persidangan Parlimen 9 Mac ini seandainya dia kata ada cukup sokongan di dalam Dewan Rakyat!!

“Tolong jangan merepek serta cuba hendak menipu rakyat lagi!!

“Saya berani kata bahawa Anwar tidak ada cukup sokongan untuk undi beliau sebagai pengganti PM8 sekiranya dia bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir” katanya lagi. – MalaysiaGazette

9 Komen

      • apa hal dengan pm8 pulak. . anwar tidak bodoh macam kau lah. tak ada kaitan pun dengan undi tak percaya. janji masih belum sampai. orang luar tepi jadi api untok apa kalau tidak kerana niat jahat

  1. Dah 20 tahun merancang untuk PM…Kita boleh fikir sendiri matlamat pilitik Anuar. Pelbagai cara dan janji serta perancangan menempatkan orangnya dan mengetepikan yang tak sealirannya.
    Semenjak jadi MP PD .. tidak ada idea membantu kerajaan yang ada.
    Hanya cakap2.. rakyat tunggu dia jadi PM .. rakyat marah…saya sabar .tunggu .. beri peluang sedikit masa Tun dll.
    Sebenarnya tak mahu menyaman Yussuf takut terjebak dalam perbicaraan .. mahkamah dulu pun percaya beliau bersalah .. gagal membuktikan jam tangan omega dalam simpanan untuk membuktikan tidak bersalah.
    Fikir sendiri .. tak kan kita nak ketepikan mereka yang bijaksana seperti Azmin Ali dan Hajah Zuraidah.

    .

  2. Politik sekarang ni lebih banyak songsangnya.
    PKR bergadu sesama PKR
    PH bergaduh sesama PH.
    Baju Berjasa hati umno.
    Parti islam hati Yahudi.
    Parti melayu bela cina.

    Yang jadi mangsa rakyat

Comments are closed.