Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini dipecat sebagai ahli UMNO.

Tindakan tersebut diputuskan Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini.

Difahamkan 37 ahli MT menyokong Lokman dipecat manakala 12 lagi mahu dia digantung selama dua tahun.

Ahli MT, Datuk Puad Zarkashi dalam hantaran di laman Facebook pula berkata, Lokman dipecat atas syor Biro Politik bukan atas syor Lembaga Disiplin.

“Apa fungsi Lembaga Disiplin? Kenapa Hishamuddin Hussien On tidak dikenakan tindakan sama.

“Tidakkah perbuatan beliau mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Tun M tanpa memaklumkan MKT dan Presiden UMNO adalah melanggar disiplin parti,” soal Puad.

Katanya, keputusan tersebut juga tidak menghormati institusi Presiden.

“Bukan kerana mahu mempertahankan Lokman tetapi tindakan mestilah adil dan jangan selektif. Apa pun saya telah menyuarakan pendirian saya ini dalam MKT. Tapi GAGAL,” katanya.

Baru-baru ini Lokman mendedahkan rakaman audio Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan cadangan kerjasama antara UMNO dan Bersatu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan beliau mengundang kritikan pelbagai pihak malah ada yang mendakwa rakaman audio itu telah disunting dan tidak menggambarkan keseluruhan ucapan Zahid. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Lokman dari dulu suka upload video / audio yang tidak lengkap atau menokok tambah dari parti lawan, untuk viralkan. Itulah tugas cybertrouper yang suka sensasi kan issue. Ada antaranya perkara tidak tepat.

    Kali ini silap besarlah buat kat parti sendiri.

    • Mengapa MKT tidak “melucutkan” keahlian mereka yg terlibat dgn kes2 mahkamah – baru lah UMNO bebas dari unsur2 utk menyelamatkan makhlok2 berkenaan.

      Begitu juga “pengatur” kerajaan pintu belakang yang durjana – tidak pula diambil tindakan.

      Mohon sangat2 agar Tok Mat, KJ & beberapa pemimpin lagi dapat “membasuh” UMNO dari pemimpin2 demikian…..

  2. SETUJU benar Lokman dipecat.
    Dah lah diberi peluang berkhidmat dalam MT secara tak sah, lepas tu mau jadi HERO Maharaja Lawak pula. UMNO dan orang Melayu yang menyokong perjuangan Umno tidak memerlukan badut yang hanya tahu mencari publisiti murahan.
    GOOD. RIDDANCE!!!!
    Terima kasih MT Umno yang lain.

    • komen bodoh dari org yg otaknya dipenuhi taik…kalau takda lokman adam yg hebahkan pemimpin pukimak umno ni dah jual umno pada mahazalim utk berkuasa bersama parti semburit…

  3. bila pemimpin umno pukimak mereka pun dah sama perangainya mcm mahazalim pecat ikut suka tanpa dibuat surat tunjuk sebab dan dibicarakan biro disiplin umno bagi lokman adam mempertahankan dirinya…pemimpin mcm ini lah yg dibenci oleh ahli umno apabila pemerintahan kuku besi pemimpin umno yg saling tak tumpah mcm mahazalim buat pada ahli2nya dulu sewaktu mahazalim bersama umno…kita sama2 doakan lokman adam akan terus memerhati perangai buruk pemimpin korap umno dan hebahkan pada rakyat agar parasit dlm umno ini keluar dari umno kerana mereka ini adalah celaka utk parti umno

Comments are closed.