Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam tidak hadir Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Difahamkan Ahli MT itu berlepas ke Jepun pagi semalam.

Sebelum ini, Lokman Adam mendedahkan rakaman suara Presiden UMNO dalam mesyuarat parti itu minggu lalu berhubung cadangan Muafakat Nasional (MN) hendak bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau lantang menentang cadangan itu sehingga menimbulkan pro dan kontra di kalangan pemimpin serta ahli UMNO.

Pendedahan itu juga turut mendapat reaksi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertegas tidak akan berlaku kerajaan pintu belakang MN dengan PH, tanpa penyertaan DAP.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat MT bagi membincangkan isu yang dibangkitkan Lokman Adam.

Menurut sumber, rakaman percakapan Ahmad Zahid yang didedahkan itu telah disunting terlebih dahulu sebelum disiarkan kepada umum.

Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat jawatankuasa perpaduan ummah ketika itu hanya untuk bertemu mata dengan ahli jawatankuasa, dan menyampikan ucapan alu-aluan.

Namun, dari keseluruhan ucapan itu tidak mempunyai maksud MN hendak bekerjasama dengan Dr. Mahathir, sebaliknya lebih kepada hala tuju pakatan nasional.

Keghairahan Lokman Adam mendahului keputusan kepimpinan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam kalangan pemimpin dan ahli. – MalaysiaGazette