Pengamal-pengamal media masih menunggu Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di hadapan Ibu Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini dijangka membuat pengumuman penting berhubung pendirian parti itu terhadap pembentukan Pakatan Nasional.

Cadangan pembentukan gagasan baharu kerajaan perpaduan itu dirintis oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO melalui siri perjumpaan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara dasarnya bersetuju dengan gagasan Melayu-Islam itu, namun sehingga kini pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

Ketika ini, Pas dan UMNO telah membentuk kerjasama politik dalam Muafakat Nasional, sebagai usaha untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Kelihatan petugas-petugas yang hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 FEBRUARI 2020.

Cadangan pembentukan Pakatan Nasional didakwa akan melibatkan Bersatu, UMNO, Pas, PKR (kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah.

Pakatan baharu itu didakwa mahu menyingkirkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengembalikan negara ke landasan asal.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut bermesyuarat namun isu Pakatan Nasional didakwa tidak dibincangkan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Alhamdulillh smoga ada kata putus yg berlaku..harap2 pakatan nasional ini dpt mguntungkan islam, mlyu , institusi raja2 dn bangsa mlysia scara keseluruhan.hncurkan dap n pan yg byk merosakkan negara, mlyu n islam..

  2. Dari sudut pandangan saya….dari bergabung, lebih baik bubarkan saja untuk memberi laluan rakyat memilih dalam PRU15. Kerana jika bergabung seolah menghianati kepercayaan rakyat.

Comments are closed.