Pep Guardiola
Pep Guardiola

ROME – Juventus sedia mempertimbangkan kemahuan Pep Guardiola dalam usaha memujuk Pengurus Manchester City itu berhijrah pada akhir musim ini.

Juara bertahan Serie A Itali itu bergelut untuk mengikat khidmat Guardiola sebagai pengurus pasukan itu, walaupun sekadar melantik Maurizio Sarri pada musim lalu.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli mengakui Guadiola merupakan individu yang diperlukan kelab itu untuk menamatkan badi kekalahan Liga Juara-Juara Eropah selepas kali terakhir  menjulang pada tahun 1996.

Ini bermakna Agnelli sedia membenarkan Guardiola melakukan apa jua perubahan yang diinginkan terhadap pasukan itu.

Namun laporan media mendakwa Man City tidak percaya mengapa timbul persoalan tentang penghijrahan Guardiola.

Laporan itu turut berkata, Juventus sedia merobek pertahanan Liverpool untuk mendapatkan khidmat Virjil van Dijk pada nilai 150 juta pound.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.