Tan Sri Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengesahkan ada usaha menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri.

Ia juga melibatkan sebahagian ahli parlimen PKR dan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Dengan itu terjawablah bahawa sebahagian dari ahli parlimen PH yang mahukan Tun M teruskan hingga tamat penggal,” ujarnya dalam twitternya malam tadi.

Dalam masa yang sama, kata Annuar, ia juga mengesahkan wujud undi tidak percaya kepada Presiden PKR itu sendiri sebagai perdana menteri kelapan.

Isu terdapat ahli parlimen menandatangani SD itu kecoh sejak beberapa hari ini walaupun dinafikan oleh Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan media Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan Mahathir semalam, beliau berkata, antara isu yang dibincangkan ialah usul undi percaya kepada Mahathir. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dr Mahathir tak terlibat dalam usul undi percaya PM – Anwar Ibrahim