Angka kematian kes kematian dan jangkitan COVID-19 di Hubei terus meningkat. Foto Agensi

BEIJING – Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 terus mengalami peningkatan selepas melepasi mencecah bilangan 1,500 pesakit hari ini apabila 139 daripadanya meninggal dunia di wilayah Hubei, iaitu lokasi utama penyebaran virus berkenaan.

Suruhanjaya kesihatan wilayah turut melaporkan 2,420 kes baharu iaitu separuh daripada jumlah dilaporkan hari sebelumnya.

Semalam, China mengumumkan sebanyak 4,823 lagi kes terbaharu membabitkan jangkitan wabak COVID-19 di wilayah Hubei.

Sejumlah 116 lagi kematian turut dilapor membawa angka korban terkini di negara itu.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan di seluruh dunia ialah 64,312 dengan angka kematian 1,486.

Kes kematian terbaharu di Jepun awal pagi ini menjadikan angka korban di luar China kini ialah tiga. – MalaysiaGazette