Foto Facebook Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan spekulasi apabila mengumumkan kehadiran pemain terbaharu mereka iaitu Matthew Davies.

Bekas kapten pasukan Pahang yang bermain di posisi bek kanan sebelum ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu di media sosial miliknya.

Davies yang juga pemain Harimau Malaya diperkenalkan dalam satu majlis rasmi JDT sebentar tadi.

Pemain kacukan Australia itu akan memakai jersi no.2.

Berbaki kurang dua minggu lagi, Tok Gajah menerima tamparan hebat apabila kapten mereka akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan yang dalam persediaan akhir.

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu turut menyatakan yang Pahang sentiasa istimewa di hatinya selepas mula menyertai pasukan tersebut bermula pada musim 2015. – MalaysiaGazette