Datuk Darell Leiking.
Darell Leiking

KUALA LUMPUR-Pengerang Energy Complex Sdn Bhd (PEC) akan menjana sehingga AS$5 bilion (RM20.7 bilion) pendapatan eksport tahunan untuk Malaysia apabila siap pada tahun 2023.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, PEC akan menjadi salah satu kemudahan aromatik dan pemisah kondensat terbesar dengan kapasiti sehingga 150,000 tong sehari.

“Projek berintensif modal yang membabitkan proses automasi sepenuhnya itu akan menggunakan pekerja tempatan melalui pemindahan teknologi dan kepakaran teknikal syarikat.

“Syarikat tersebut merancang untuk mengambil kira-kira 200 jurutera dan kakitangan teknikal berkemahiran tinggi Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan yang bagus serta platform pembelajaran dalam semua aspek perniagaan kimia.

“PEC akan menjadi sebuah kisah kejayaan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan multinasional, Maire Tecnimont S.p.A, salah satu peneraju dalam bidang kejuruteraan merupakan antara kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi projek berkenaan.

Untuk rekod, pembinaan PEC akan bermula pada pertengahan tahun ini manakala pengeluaran komersial disasarkan bermula pada suku keempat 2023.

Projek pelaburan bernilai AS$3.4 bilion (RM14.3 bilion) diperoleh oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2018.

Pembinaan PEC akan bermula pertengahan tahun ini.

Pengeluaran komersial projek disasarkan bermula pada suku keempat 2023.

Projek membabitkan pelaburan AS$3.4 bilion (RM14.3 bilion) akan mendapat bekalan bahan mentah daripada syarikat minyak antarabangsa utama.- MalaysiaGazette