"Ampun ya pak, saya terpaksa." bunyi nota ditulis pencuri di pejabat Ebit Lew.-Gambar FB Ebit Lew.

KUALA LUMPUR -“Ampun ya pak, saya terpaksa.”

Itu nota yang ditinggalkan oleh pencuri di pejabat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Bangi.

Ebit menjumpai nota yang ditulis atas kertas putih itu selepas pejabatnya dipecah masuk.

Ebit Lew.-Gambar FB

“Office saya kena pecah..sedihnya. Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Beliau turut memuatnaik gambar nota tulisan pencuri berkenaan di media sosialnya selain gambar (gambar bawah) barangan pejabatnya berterabur.

Menurutnya, pihaknya kehilangan komputer, komputer riba, beberapa kamera yang menyimpan rakaman ceramah dan dakwahnya.

Ebit juga kehilangan wang tunai dan menganggarkan kesemua kerugian lebih daripada RM50,000.

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua ya biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah,” pintanya.

Apa pun, Ebit menganggap pasti ada rahmah di sebalik apa yang berlaku.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast