Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menafikan dakwaan dalam hantaran di blog dan tapak dalam talian bahawa ia memberi layanan istimewa kepada syarikat tertentu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Petronas LNG Ltd. menandatangani perjanjian sewa khas (TCP) bertempoh 12 tahun dengan syarikat perkapalan Jepun, Kawasaki Kisen Kaisha Ltd. (K Line) bagi dua buah kapal LNG bersaiz sederhana baharu.

Perjanjian jangka panjang bagi kedua-dua kapal berkapasiti kira-kira 79,690 meter padu setiap satunya itu disertai opsyen untuk melanjutkan perjanjian untuk tempoh 12 tahun lagi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Petronas berkata, TCP tersebut adalah sejajar dengan permeteraian perjanjian pembinaan kapal di antara K-Line dan Hudong-Zhonghua Shipbuilding (Group) Co. Ltd., yang mana kapal-kapal tersebut akan dibina di Shanghai, China dan dijangka dihantar pada suku kedua 2022.

“Kedua-dua kapal tersebut adalah untuk memenuhi komitmen jangka panjang Petronas untuk menghantar LNG ke Shanghai di bawah perjanjian bekalan LNG bahari dengan Shenergy Group Company Ltd. (Shenergy),” kata kenyataan itu.

Kapal yang diberi nama Wuhaogou-Max (W-Max) dibina khas untuk mengoptimumkan sepenuhnya penghantaran kargo-kargo LNG ke terminal Shenergy di Shanghai.- MalaysiaGazette