TERKINI : KipleUNI Sasar Mahasiswa Universiti – Muazzam Mohamed

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan syarikat teknologi kewangan, KiplePay Sdn. Bhd. (KiplePay) melancarkan KipleUNI yang merupakan program kerjasama yang direka khas untuk memacu teknologi kewangan menerusi transaksi digital dan transaksi tunai.

Program itu bertujuan memenuhi keperluan pelajar, universiti dan rakan-rakan saudagar melalui transaksi pembayaran elektronik serta platform digital yang lebih lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, para pelajar kini boleh menghubungkan kad kredit atau debit mereka bagi pembayaran terus tanpa tunai dalam kawasan universiti serta saudagar-saudagar terpilih di luar kampus.

“Semua transaksi e-kad melalui aplikasi KiplePay akan dipermudahkan melalui portal gerbang perkhidmatan pembayaran Bank Islam yang dipertingkatkan. Ini hanyalah permulaan kepada pelbagai lagi inisiatif bersama yang akan muncul daripada program KipleUNI pada masa akan datang.