TERKINI : Pasangan Suami Isteri, Penuntut Ditahan Cuba Seludup 187kg Ganja – Datuk Noor Azam

Lima serbuan yang dilakukan di Bandar Baru Bangi dan Pulau Pinang pada 11 hingga 15 Februari lalu berjaya mematahkan cubaan menyeludup sejumlah 187 kilogram mampatan ganja.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, hasil serbuan itu polis menahan dua pasang suami isteri dan seorang penuntut universiti.

“Kesemua ganja dianggarkan 187.1 kilogram dan boleh dibekalkan kepada 37,420 penagih ganja dalam masa sehari dengan mengambil kiraan pengguna sebanyak 5 gram sehari.

“Kesemua tangkapan sudah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di antara 12 Februari hingga 21 Februari depan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast