Mohamad Sabu. foto SYAFIQ AMBAK, 20 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata beliau kini sedang fokus kepada tugas beliau selaku Menteri Pertahanan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata beliau tidak ada masa untuk melayan kecaman demi kecapan sinis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya sekarang fokus dengan kerja, tak usik Najib. Tapi kalau benda tak sahih pun nak provoke.

“Jangan di sosial media saja serba tahu, dalam mahkamah, APA PUN TAK TAHU,” katanya di Twitter, hari ini.

Najib semalam secara sinis membuat status di Twitter beliau dengan berkata “Mat, you know Roti John?” usik Najib yang juga pernah memegang jawatan sama pada 2008.

Beliau merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikaikan kualiti menteri Pakatan Harapan yang dilaporkan memberi kenyataan yang disifatkan tidak wajar bagi mesyuarat yang membincangkan perkara serius.

Mat Sabu menerusi setiausaha akhbarnya, Amin Iskandar sebelum ini berkata Menteri Kanan itu bukan individu yang jenaka berkaitan nama diplomat asing, baru-baru ini.

Sebuah artikel sebelum ini mendakwa seorang menteri kerajaan PH bertemu dengan seorang yang berkedudukan tinggi dari kerajaan negara luar bernama ‘John’ berbincang mengenai hal ehwal keselamatan.

Lantas menteri itu mengeluarkan kata-kata: “Nama anda John. Di negara saya ada roti John. Jika anda datang ke negara saya, saya akan masakkan roti John untuk anda.” -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Kerja ko ke laut lh mat sabu..apa yg ko nk kerja sagt tu..ko jadi menteri tak lyk langsung..cap ayam punya menteri..kin teruk ada lh sjk ko pgang ketenteraan..mat sabu bgus dia jaga prempuan yg dlm video dia tu lgi bgus kn..hihi

  2. Apa kesudahan cerita kementerian Mat Sabu yang sudah lama menyiasat? Atau masih perlukan 2-3 tahun lagi untuk terus menyiasat?

    Sudah sediakah lapurannya dan bilakah pendakwaan5 akan dilakukan?

  3. Baru nak start kerja keras, dah lambatlah itu. But they say “better late then never”. I wish you good luck.

Comments are closed.