TERKINI : RM10 Juta “Kos Naik Taraf Padang” Stadium Nasional Bukit Jalil – Syed Saddiq

Kos padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang bakal dinaik taraf bernilai RM10 juta merupakan pelaburan berbaloi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, proses menaik taraf itu perlu bagi memastikan kualiti padang berada pada tahap terbaik.

Jelas beliau, apatah lagi Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rumah bagi Harimau Malaya dan sering mendapat maklum balas negatif daripada pelbagai pihak.

“Kita hendak pastikan stadium yang menjadi padang rumah bagi Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik, kualiti terbaik