Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media pada Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 di Puspanitapuri Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 18 FEBRUARI 2020.

PUTRAJAYA- Terdapat sebahagian hartanah milik Lembaga Tabung Haji yang perlu dijual kerana tidak mendatangkan pendapatan kepada badan tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penjualan tersebut membolehkan Tabung Haji melabur untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

“Terdapat hartanah yang tidak berguna dan tidak membawa pulangan, terdapat cara lain untuk melabur duit bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Bulan Anti-Dadah Kebangsaan 2020 di sini hari ini.

Mahathir menjawab kebimbangan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan tidak bersungguh-sungguh melindungi kepentingan orang Islam susulan laporan terbaharu mengenai penutupan operasi empat hotel milik Tabung Haji.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Tabung Haji masih lagi mampu memberikan subsidi bagi meringankan kos ibadah haji pada tahun ini.

“Keuntungan Tabung Haji masih boleh menampung subsidi kos ibadah haji pada tahun ini.

“Tetapi pada masa-masa akan datang, kami meminta semua pendeposit yang berhasrat untuk menunaikan haji supaya memiliki simpanan yang cukup terlebih dahulu,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tutup hotel: Ini penjelasan Tabung Haji

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast