Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto Agensi

BEIJING – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menurun pada hari kedua berturut-turut tetapi angka kematian masih lagi meningkat.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, tiada data yang tepat untuk menunjukkan kes jangkitan wabak itu menunjukkan penurunan.

Hubei merekodkan 1,693 kes baru pada hari Selasa, susut daripada 1,807 berbanding hari sebelumnya dan ia adalah angka paling rendah di wilayah itu sejak 11 Februari.

Namun jumlah kematian naik 132 daripada 93.

Keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di China adalah 74,000 dan kematian 2,000 orang.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, data China “menunjukkan penurunan dalam kes-kes baru” tetapi trend “mesti ditafsirkan dengan sangat berhati-hati.”

Di luar China, terdapat 827 kes Covid-19 dengan lima kematian dengan lebih separuh daripada kes-kes tersebut adalah dalam kalangan penumpang di atas kapal pelayaran yang dikuarantin di perairan Jepun.

Tedros berkata, terdapat 92 kes penyebaran virus dari manusia kepada manusia di 12 negara di luar China.

Menjelang akhir minggu ini, WHO berkata, 40 negeri di Afrika dan 29 di Amerika berupaya mengesan Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Di hotel2, dipusat2 gedung beli belah, ditaman2 tema, ditempat2 awam, di Genting, dipusat2 pelancungan atau dimana2 sahaja terdapat pelancung cina disana ada kemungkinan wujudnya virus PEMBUNUH coronavirus!

    Hati2!!!

Comments are closed.