Junianto, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dikemukakan  terhadapnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari.

DUNGUN – Seorang lelaki warga Indonesia hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di Paka  pada 12 Feb lepas.

Junianto, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dikemukakan  terhadapnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Hazwanie menetapkan 19 April ini bagi sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh memandangkan dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan dan juga warga asing.

Mengikut pertuduhan, Junianto didakwa membunuh Mohd Zukanain Abdul Aziz, 39, di dalam kawasan sebuah ladang sawit berhampiran pondok yang tidak bernombor di Kampung Beril dekat Paka, di sini pada 2.45 pagi 12 Feb lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Syafiq Aizat Nazri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast