HANAU, Jerman – Lapan orang mati daripada dua insiden tembakan di bandar Hanau, barat Jerman.

Sekurang-kurangnya lima orang mengalami kecederaan selepas seorang lelaki yang bersenjata api melepaskan tembakan pada jam 10 malam waktu tempatan, kata polis kepada BBC.

Polis berkata, mereka sedang memburu suspek yang melarikan diri dan kini masih lagi bebas.

Insiden tembakan pertama berlaku di sebuah bar di pusat bandar manakala insiden kedua berlaku di kejiranan Kesselstadt, menurut laporan tempatan.

Para pegawai polis dan helikopter kini melakukan rondaan di kedua-dua kawasan tersebut.

Tidak diketahui bilangan individu yang bersenjata api telah membunuh tiga orang di sebuah bar shisha, Midnight, sebelum memandu ke Arena Bar & Cafe dan menembak mati lima orang, lapor rangkaian televisyen Hessenschau.

Sebuah kenderaan berwarna gelap dilihat meninggalkan tempatĀ  kejadian.

Motif serangan masih tidak jelas, menurut kenyataan polis

Hanau terletak kira-kira 25 kilometer di timur Frankfurt.

Kejadian tersebut berlaku empat hari selepas insiden tembakan di Berlin yang meragut satu nyawa. – Agensi