BANGUNAN ETIQA.

Kuala Lumpur – Pelanggan individu di bawah perlindungan Etiqa Life Insurance Berhad atau Etiqa Family Takaful Berhad yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM5,000.

Etiqa Insurance and Takaful dalam satu kenyataan di sini berkata, bantuan kewangan khas tersebut berkuatkuasa sejak 20 Februari lalu sehingga 30 Jun ini.

Bantuan khas itu bagaimanapun tidak terpakai untuk polisi atau sijil berkumpulan.

Menurut syarikat insurans dan takaful itu, bantuan sebanyak RM5,000 itu adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelanggan mereka selepas disahkan mendapat jangkitan virus yang boleh membawa maut, Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.etiqa.com.my atau Etiqa Oneline di 1300-13-8888