PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menutup tirai dengan sidang media menghampiri jam 12 tengah malam nampaknya tidak berakhir bagi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setelah dilihat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) usai mesyuarat tadi, Azmin dipercayai mengadakan pertemuan dengan penyokongnya di sebuah hotel di sini.
Sumber memberitahu MalaysiaGazette, selain Azmin pertemuan itu dipercayai turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon.
Bagaimanapun, butiran mengenai pertemuan itu tidak dinyatakan sumber berkenaan.
Azmin tidak menyertai sidang media yang dihadiri oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Presiden PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin komponen yang lain. -MalaysiaGazette
Klu cam tu happy ler si Azmin dan mak nenek tu yer…..
Azmin Ali (AA)
Tuan merupakan beberapa menteri memberi tumpuan kerja untuk negara.
Tuan diberi tugasan berat oleh Tun dan mampu laksanakan bersama rakan2 tuan.
Saya doakan tuan … berada ☝️